APLIKASI video Tik Tok yang dimiliki China mula mengambil tindakan undang-undang bagi mencabar pengharaman aplikasi tersebut di Amerika Syarikat oleh Presiden Donald Trump.
Arahan presiden yang ditangani oleh Tump sebelum ini melarang sebarang transaksi dengan syarikat pemilik Ti Tok, ByteDance bermula pertengahan September depan, lapor bbc.com.
Tindakan tersebut diambil kerana kononnya Washington bimbang syarikat tersebut akan menyalurkan data peribadi pengguna di AS kepada kerajaan China.
Bagaimana pun, ByteDance telah menafikan dakwaan itu.Aplikasi Ti Tok mempunyai lebih 80 juta pengguna di AS.
Tik Tok berkata sebelum ini mereka telah cuba berbincang dengan pentadbiran Trump untuk mencari penyelesaian selama hampir setahun, tetapi pentadbiran tersebut enggan melihat kepada segala fakta yang dikemukakan.
Oleh yang demikian Tik Tok berkata demi kedaulatan undang-undang dan bagi melindungi syarikat dan pengguna, syarikat itu mempunyai tiada pilihan selain mencabar arahan presiden melalui proses perundangan.
Tik Tok menjangka tindakan undang-undang akan bermula minggu.
Pada Jumaat lalu sekumpulan rakyat China Amerika telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap pengharaman ke atas aplikasi media sosial WeChat yang dimiliki oleh syarikat China, Tencent.
-BebasNews
No comments:
Post a Comment