Operasi Bersepadu yang dijalankan pihak polis bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) itu dibuat bermula pukul 5.00 petang selepas menerima maklumat kehadiran orang ramai di taman tersebut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor dalam kenyataan malam ini berkata pihak KKM mengeluarkan notis arahan penutupan itu kerana pengurusannya tidak mengawal jumlah pengunjung yang hadir.
Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan kompaun masing-masing RM1,000 terhadap dua peniaga yang berniaga di kawasan taman itu kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan termasuk tiada penjarakan fizikal dalam kalangan pelanggan mereka.
"Polis akan meneruskan operasi dan pemantauan dari semasa ke semasa dalam usaha memastikan semua pihak mematuhi SOP yang ditetapkan dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment