Ketua Polis Daerah Serdang ACP Ismadi Borhan berkata mangsa dikejarkan ke hospital selepas ibu dan bapa mangsa dihubungi pengasuh berusia 40 tahun memaklumkan bayi mereka tidak sedarkan diri kira-kira 12 tengah hari, Selasa lepas.
Menurutnya, pemeriksaan awal doktor mendapati mangsa mengalami pendarahan pada bahagian kepala dan mengesyaki terdapat unsur dera.
“Siasatan lanjut mendapati mangsa disahkan kematian otak dan bergantung pada mesin bantuan pernafasan sahaja sebelum disahkan meninggal dunia pada 3.19 petang semalam [kelmarin],” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Ismadi berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang pada 1.40 tengah hari mendapati punca kematian adalah pendarahan di kepala mangsa kesan jatuh dari tempat tinggi.
Katanya, siasatan lanjut mendapati mangsa terjatuh dua kali iaitu di rumahnya sendiri dan rumah pengasuh, namun tiada unsur penderaan berlaku.
Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, katanya. — Bernama
Mansuhkan Pusat Jagaan kanak2 tu.. Orang yang jaga patut dipenjara
ReplyDeleteMansuhkan Pusat Jagaan kanak2 tu.. Orang yang jaga patut dipenjara
ReplyDelete