Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, berkata dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa Auni Marissa Norman, maut di tempat kejadian manakala ibu dan bapa saudaranya cedera parah, sementara adiknya tidak cedera.
Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa membonceng motosikal ditunggang bapa saudaranya, Mohamad Hafiz Mohd Adli bersama ibunya, Siti Fauziah Abdul Kairi, 34, dan adik mangsa, Muhammad Faiz Akmal Norman, berusia setahun.
"Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku apabila sebuah lori dipandu lelaki berusia 27 tahun, menghentikan kenderaannya berikutan terdapat sebuah lori sedang berhenti di hadapannya.
Omar Bakhtiar berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
HMetro
No comments:
Post a Comment