Thursday 16 July 2020

Nasrudin Hassan Tantawi ganti Nik Omar sebagai YDP Yadim

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasruddin Hassan dilantik menggantikan Nik Omar Nik Abdul Aziz selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zulkifli Mohamad berkuatkuasa hari ini.

Zulkifli turut memaklumkan jawatan pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) pula diisi oleh Mohd Redza Shah Abdul Wahid.

“Penghargaan khusus saya zahirkan kepada Daud Bakar dan Nik Omar atas sumbangan dan jasa sepanjang berkhidmat. Semoga Allah membalasnya dengan ganjaran setimpal.


“Tahniah saya ucapkan kepada Mohd Redza dan Nasruddin. Saya mengharapkan Yadim dan Yapeim akan terus memacu kecemerlangan untuk ummah,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Mereka mengadakan pertemuan pagi tadi.


“Saya menerima kunjungan Nasruddin, YDP Yadim dan Mohd Redza Shah Abdul Wahid, pengerusi Yapeim yang baharu,” katanya.

Terdahulu, Nik Omar mengesahkan beliau melepaskan jawatan YDP Yadim semalam, ketika surat kepada kakitangan yayasan berhubung perkara itu tular di media sosial.


“Dibuat serta-merta,” katanya kepada FMT, dan menambah ia selepas diarah berbuat demikian.

Perkembangan ini 5 bulan lebih awal daripada kontraknya yang berakhir pada Disember.


No comments:

Post a Comment