Syor tentang kempen itu telah dibawa dalam mesyuarat kabinet Rabu lalu, dan mendapat sokongan penuh daripada semua anggota jemaah menteri.
Sementara itu dalam menzahirkan iltizam memartabatkan tulisan Jawi di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), kepala surat rasmi (letterhead) Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) turut akan menggunakan tulisan Jawi bagi urusan rasmi.
“Saya ingin menyeru seluruh Kementerian, Jabatan, Agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha memelihara warisan negara ini”, jelas Zulkifli.
Tulisan Jawi diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 67, yang menyebut, “Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi, bagi bahasa kebangsaan.” — AlHijrah Online
No comments:
Post a Comment