Sunday 12 July 2020

Lelaki Perancis hadapi hukuman mati, dipercayai cabul ratusan kanak-kanak di Indonesia

Seorang pesara warga Perancis mungkin berdepan hukuman mati di Indonesia selepas didakwa mencabul lebih 300 kanak-kanak dan memukul mereka yang enggan melakukan hubungan seks dengannya, menurut pihak berkuasa pada Khamis (9 Jul).

Polis menahan Francois Camille Abello, 65, bulan lalu di sebuah hotel di Jakarta, di mana mereka menemui dua kanak-kanak perempuan bawah umur di biliknya.

Camille berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman ditembak mati oleh skuad penembak jika bersabit kesalahan di bawah undang-undang perlindungan kanak-kanak Indonesia, termasuk tuduhan merakam jenayahnya itu.


Menurut polis, mereka menemui video-video dalam komputer riba Camille yang menunjukkan dia melakukan perbuatan seks haram dengan ratusan kanak-kanak berusia antara 10 dan 17 tahun.

Pesara itu memasuki Indonesia menggunakan visa pelancong beberapa kali sejak lima tahun lalu.

"Dia akan mendekati kanak-kanak dan memancing mereka dengan menawarkan pekerjaan sebagai model, kata Ketua Polis Jakarta, Nana Sudjana kepada para wartawan pada Khamis.

"Sesiapa yang bersetuju melakukan hubungan seks dengannya akan dibayar antara 250,000 dan satu juta rupiah (S$23 hingga S$98). Sesiapa yang enggan melakukannya akan dipukul, ditampar dan ditendang suspek," tambahnya.

Menurut polis, mereka percaya Camille sudah mencabul kanak-kanak Indonesia selama bertahun-tahun dan kemungkinan lebih ramai mangsa terbabit.

- AFP/NA/na

No comments:

Post a Comment