Tuesday, 30 June 2020
#Butterworth 5 premis judi dalam talian diserbu
Lima premis di sekitar Butterworth diserbu selepas dipercayai menjalankan kegiatan judi loteri haram dan judi dalam talian dalam operasi yang dijalankan sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, polis turut menahan lima lelaki serta merampas beberapa peralatan dan wang tunai dipercayai untuk kegiatan judi.
Menurutnya, lokasi pertama serbuan dilakukan di dua premis dengan dua tangkapan melibatkan lelaki berusia 19 dan 20 tahun manakala di lokasi kedua pula, pihaknya menahan suspek berusia 32 tahun kerana dipercayai menjalankan judi loteri haram.
"Di lokasi seterusnya, kita menahan suspek berusia 20-an kerana menjalankan judi top-up dalam talian sementara di lokasi terakhir, kita menahan suspek berusia 30-an kerana disyaki menjalankan kegiatan judi loteri awam haram," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 4 A(a) dan Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment