Sunday, 31 May 2020

Lelaki Mabuk Maut Jatuh Tingkat 4

Seorang lelaki dipercayai mabuk maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah bangunan di Jalan Dermaga, Bintangor, malam tadi, lapor Utusan Borneo.

Menurut Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi, keluarga mangsa mendakwa ketika kejadian Azi Anthony, 29, dari Ulu Belaga dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol.

"Pada jam sekitar 10.20 malam, mangsa telah dilihat berdiri di jendela di biliknya dan pada masa sama keluarga mangsa telah terdengar bunyi benda terjatuh.

"Ketika keluarga melihat ke bawah, mereka mendapati mangsa terbaring di bawah tempat letak kereta dalam keadaan tidak sedarkan diri dan darah keluar dari bahagian hidung serta kaki mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Sementara itu, Borneo Post melaporkan dalam laporannya, adik mangsa memaklumkan sebelum kejadian dia diberitahu anak lelakinya bahawa mangsa yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol dilihat berdiri di luar tingkap biliknya.

Pengadu mendakwa ketika itu dia sedang berborak dengan keluarga mentua dan rakannya di ruang tamu rumah sewa mereka di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Sejurus kejadian, mangsa dibawa keluarganya ke Klinik Kesihatan Bintangor untuk mendapatkan rawatan, namun dia kemudian disahkan meninggal dunia pada jam 11.05 malam.

Tambah Sekam, keluarga mangsa bagaimanapun enggan membenarkan proses bedah siasat dijalankan kerana percaya kejadian berlaku akibat mangsa mabuk dan tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.

sumber

1 comment:

  1. Apalh, news tak state tempat/daerah/negeri.mcm mn pembaca tak tahu blaku dkt mn. Bintagor tu bkn semua org tau dkt mn.

    ReplyDelete