Tuesday 28 April 2020

Video Parodi Rasis! Latheefa Koya Berang Pelat Rohingya Jadi bahan Jenaka



Video parodi pelat presiden Pertubuhan Hak Asasi Etnik Rohingya (Mehrom) berbahasa Melayu sangat tidak disenangi bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya.


Menerusi Twitternya, Latheefa menyelar tindakan individu terbabit sebagai 'sangat bodoh' dan 'rasis'.

“Bagaimana video ini dianggap komedi melucukan dengan mempersenda seorang pelarian berbahasa Melayu?


"Ayuh rakyat Malaysia, anda boleh jadi lebih baik dari ini," tempelaknya.






Terdahulu, tular video Zafar Ahmad Abdul Ghani yang bersuara mengenai isu pelarian Rohingya dan menuntut hak sama rata untuk warganya sehingga dikatakan menghina rakyat Malaysia dan dikecam ramai.


Zafar kemudian menafikan kenyataan itu dan menyahaktif akaun media sosialnya selepas menerima ugutan bunuh.

Dia juga sudah memohon maaf sekiranya menyinggung perasaan rakyat Malaysia.

Menurut ProjekMM, gabungan 17 badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelarian Rohingya turut meminta maaf dan tidak mengiktiraf Zafar sebagai wakil mereka kerana bimbang sentimen negatif rakyat.

Pelat Zafar bertutur bahasa Melayu kemudian dijadikan bahan jenaka dalam video parodi 'Susahnya Jadi Speech Instructor Untuk Warga Asing'


sumber

No comments:

Post a Comment