Monday 27 April 2020

Pulau Pinang mahu kaji semula harga siling rumah mampu milik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengkaji semula harga siling rumah mampu milik negeri dan memperkenalkan lebih banyak faedah untuk pembeli rumah pertama setelah tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) berakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata PKP dan pandemik Covid-19 memberi kesan buruk kepada industri perumahan serta kemampuan pembeli rumah untuk membeli kediaman sendiri.


Beliau mencadangkan untuk mengurangkan harga siling unit rumah mampu milik dengan peratusan tertentu bagi memudahkan pembeli rumah pertama, yang akan dibentangkan kepada exco dan ketua menteri untuk kelulusan,” katanya dalam sidang media di sini.

Menurut beliau, harga siling semasa bagi rumah mampu milik di pulau itu dan tanah besar masing-masing adalah RM300,000 dan RM250,000.


Jagdeep juga mencadangkan untuk menambah jumlah unit perumahan di bawah skim sewa untuk milik (RTO) daripada 2,088 unit sekarang dan menyasarkan untuk menyediakan 18,000 lagi unit menjelang 2030.

No comments:

Post a Comment