Sunday 26 April 2020

PKR gantung keahlian Dr Afif Bahardin, sementara tunggu siasatan Lembaga Disiplin


Dalam ciapan terbaru Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berkata, PKR menggantung keahliannya sementara menunggu pendengaran Lembaga Disiplin.

Katanya, beliau menerima surat memaklumkan penggantungan itu berkuat kuasa 21 Mac lalu.

Beliau turut memuat naik gambar surat daripada Majlis Pimpinan Pusat parti ke media sosialnya dan berkata surat itu diterima pada Jumaat lalu.

“Ia adalah notis penggantungan tanpa sebarang tuduhan,” tulisnya di Twitter sambil menyifatkan ia sebagai anti-klimaks.



Memetik laporan dari portal berita FMT, Dr Afif telah  mengesahkan menerima surat itu daripada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR malam tadi, Ahmad Kasim, tetapi ia tidak menyatakan alasan terhadap penggantungannya.Beliau juga tidak mengulas lanjut berhubung penggantungan itu.

Afif ialah timbalan ketua PKR Bahagian Permatang Pauh dan Adun Seberang Jaya selama 2 penggal.

Beliau antara beberapa pemimpin parti itu, termasuk bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan bekas naib presiden, Zuraida Kamaruddin, dikatakan terbabit dalam “Langkah Sheraton” yang akhirnya menyebabkan pertukaran kerajaan persekutuan.


No comments:

Post a Comment