Thursday 23 April 2020

Kedai dobi, elektrik di Pulau Pinang boleh beroperasi

Kedai barangan elektrik dan elektronik serta kedai dobi di Pulau Pinang dibenarkan beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 8 malam, berkuat kuasa esok.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Pulau Pinang yang dipengerusikannya hari ini.

“Mesyuarat memutuskan sektor tambahan yang dibenarkan beroperasi mengikut syarat diperketatkan kerajaan adalah kedai barangan elektrik dan elektronik serta kedai dobi yang telah membuat permohonan dan diluluskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti),” katanya pada sidang media hari ini.

Chow berkata, tiada sebarang majlis berbuka puasa akan diadakan di masjid serta surau di seluruh negeri itu sepanjang Ramadan dan umat Islam diminta menunaikan solat tarawih dari rumah masing-masing bagi membendung penularan Covid-19.





“Walaupun perkara-perkara lazim seperti solat tarawih berjemaah dan penganjuran bazar Ramadan tidak lagi dapat diteruskan seperti biasa, saya berharap kita akan beradaptasi untuk terus menjalankan tanggungjawab kita demi agama, disesuaikan dengan arahan perintah kawalan pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun, sumbangan dan agihan zakat kepada golongan asnaf dan golongan memerlukan tetap diteruskan.”

Beliau turut mengumumkan Best Group (mm2h) Sdn Bhd menyumbang RM150,000 kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment