Thursday 23 April 2020

Cubaan lepasi sekatan jalan raya gagal, lelaki menyamar tentera ditahan polis

Tindakan seorang lelaki menyamar sebagai anggota tentera bagi mengelak sekatan jalan raya gagal selepas dia ditahan polis di Cheras, Kuala Lumpur.


Sambil merokok di hadapan pihak berkuasa, lelaki berumur 28 tahun itu mengaku berkhidmat bersama Pasukan 74 BN KPD.



Bagaimanapun, lelaki berkenaan gagal mengemukakan bukti apabila diminta menunjukkan kad pengenalan diri tentera sebagai pengesahan.





Insiden penahanan lelaki itu turut tular di media sosial selepas dimuat naik akaun MyWatch.


Hantaran dikongsi MyWatch itu mendapat hampir 500 tanda ‘suka’ dengan 49,000 tontonan.

No comments:

Post a Comment