Ketika dunia teknologi tanpa sempadan dan penggunaan gajet kini menjadi keutamaan, berapa ramai yang sanggup berkaki ayam masuk ke hutan dan merasai keunikan alam semulajadi?
Seorang pengkarya mengambil inisiatif membuat pameran seni hutan palsu bagi menarik orang ramai untuk lebih dekat dengan alam.
Dinamakan “A Real Fake Forest”, pameran di Depoh Hin Bus itu menghasilkan daun-daun bertebaran atas lantai dan batang pokok yang tumbuh di sekitarnya, menggunakan bahan kitar semula seperti kotak kadbod dan surat khabar.
“Saya mahu orang ramai sedar bahawa kita berada di kedudukan yang sama dengan alam dan haiwan kerana manusia sudah mengenepikan alam atas nama pembangunan, walhal kita semua dan alam berada di tahap yang sama,” kata pereka Tan Lay Heong.
Pameran memerlukan pelawat yang berkunjung menanggalkan kasut dan berjalan di lapisan daun tebal yang tersebar di lantai.
Menurut Tan, dengan berjalan tanpa alas kaki, mereka akan terhubung semula dengan alam, sekaligus mengingatkan diri untuk melindunginya.
“Seorang pengunjung beritahu saya sepanjang hidupnya dia tak pernah berjalan tanpa kasut di luar rumah, tapi bila cuba buat kali pertama, dia terasa dekat dengan alam dan membuatnya sedar tentang keindahan alam,” tambah Tan.
Bagi sesiapa yang berminat untuk melihatnya, pameran berlangsung hingga 9 Febuari dari tengahari hingga 8 malam.
sumber

No comments:
Post a Comment