Wednesday, 29 January 2020
Naza-Berjaya dipilih bekal kenderaan untuk kerajaan
Konsortium Naza-Berjaya dipercayai telah dipilih sebagai syarikat penyedia
perkhidmatan kenderaan bagi jabatan-jabatan kerajaan termasuk polis.
Memetik laporan The Star, konsortium itu telah menerima Surat Hasrat (LOI) daripada Kementerian Kewangan dengan jangkaan penganugerahan kontrak sebenar akan diumumkan pada Jun nanti.
Berita sama turut dilaporkan laman automotif tempatan, Paul Tan.
Pemilihan konsortium ini bagi menggantikan syarikat pengendali terdahulu, Spanco yang dianugerahkan kontrak berkenaan sejak tahun 1994.
Kontrak syarikat ini tamat pada Disember 2018 sebelum diberi kontrak tambahan sehingga syarikat penyedia baharu dilantik.
Pada Februari tahun lalu, kerajaan telah membuka tender bagi pembekalan dan penyediaan perkhidmatan tersebut untuk tempoh selama 15 tahun.
Difahamkan selain Naza Group, sebanyak tujuh syarikat lain turut bersaing bagi merebut kontrak berkenaan iaitu Berjaya Group, Sime Darby, DRB-Hicom, Samling Group, Comos dan Go Auto serta Spanco.
Berdasarkan jumlah pembekalan sedia ada, kontrak ini melibatkan sebanyak 12,500 buah kenderaan termasuk kereta turus dan kereta peronda polis dengan nilai kira-kira RM300 juta setahun termasuk kos senggaraan.
Konsortium Naza-Berjaya ketika ini merupakan pemegang berlesen bagi 20 buah jenama seperti Kia, Peugeot dan Mazda.
Perak Gazette
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment