Taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), Meru di sini ditutup mulai hari ini sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young.
Menurut notis berkenaan, segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali.
MAPS yang dibangunkan dengan kos RM520 juta, dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.
Pada pertengah bulan lalu, MAPS ditutup dua hari kerana tunggakan bil elektrik yang tinggi.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tunggakan bil mencecah RM4 juta tidak mampu dilunaskan berikutan bebanan hutang ketika pentadbiran kerajaan negeri terdahulu. - Perak Gazette


No comments:
Post a Comment