Tuesday, 21 January 2020

#Butterworth Ratusan mat rempit ditahan, tolak motosikal 3km ke balai

Ratusan mat rempit didenda menolak motosikal sejauh tiga kilometer (km) dari Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di Bagan Ajam, di sini ke Balai Polis Butterworth untuk pemeriksaan lanjut selepas ditahan dalam Op Tutup BORR, di sini semalam.

Sebelum itu, sekumpulan mat rempit dilihat mempamerkan aksi bahaya dan ada yang membawa teman wanita. Bagaimanapun, kumpulan itu tidak menyedari aksi mereka diperhatikan anggota polis yang membuat penyamaran dengan berpakaian biasa di sekitar lebuh raya itu.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Kawalan Lalu Lintas dan Pengurusan Saman Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata pihaknya menjalankan operasi membanteras mat rempit yang terbesar dijalankan di negeri ini bermula pukul 7.30 malam dan tamat empat jam kemudian.



“Operasi ini dijalankan selepas pihak kami menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan mat rempit yang selalu berlumba haram di lebuh raya ini malah tindakan mereka menunggang secara melulu dan berbahaya turut mengancam pengguna lebuh raya yang lain.


“Kami juga mendapat aduan geng mat rempit membuat bising serta kacau di kawasan BORR terutama pada hujung minggu. Dalam operasi ini, kami turut menahan dan memeriksa penonton yang berada di kiri serta kanan lebuh raya berkenaan, tindakan mereka bukan sahaja bahaya kepada diri sendiri malah pengguna lain,” katanya di sini hari ini.

Mohd Nadzri berkata daripada 2,358 buah motosikal yang diperiksa, 930 saman dikeluarkan, 175 motosikal disita dan 24 mat rempit berusia 18 hingga 30 tahun ditahan atas kesalahan berlumba haram, menunggang secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan lain yang dikesan ialah tiada nombor pendaftaran, tiada cermin sisi, tiada lesen memandu, nombor pendaftaran palsu serta mengubah suai motosikal dan ekzos.

“Polis turut menahan 11 remaja bawah umur kerana berlumba haram termasuk tiga lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan seorang tetrahydrocannabinol. Dalam operasi itu juga pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengeluarkan 14 saman kerana pelbagai kesalahan,” katanya.

Beliau berkata operasi itu juga sebahagian daripada usaha polis mengurangkan kadar kemalangan dalam kalangan penunggang motosikal dan akan dijalankan secara berterusan bagi mengekang kegiatan mat rempit berlumba haram serta menunggang secara melulu dan berbahaya.

Operasi melibatkan 80 pegawai dan anggota polis JSPT Bukit Aman bersama pegawai JAS serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). — Bernama

3 comments:

  1. yang orang balik keja penat ii tkfikir pulak apa ni

    ReplyDelete
  2. tak pasal kena tolak tkfikir ke anak depa lapar ka kt rumah tnggu pak balik bawak makanan

    ReplyDelete
  3. Usaha kerajaan tu tak salah, saya setuju sebab itu dah tanggungjawab yg depa galas didunia dan akhirat .. cuma method xsesuai .. malam tu aku ada dkt kawasan flat situ dgn binokular .. aku teroong , mmg ramai .. sblom ni xpnh rmai cmtu .. sekali zoom in , ada yg laki bini (pakai bju kilang) tolak moto , ada aunty india dgn anak laki dia (maybe 7taun kot) tolak kriss dia dan paling sadis , rmai jgk aku nmpk org yg pgkt 40-50 an tolak moto .. situasi ni pro an kontra , so harap pihak kerajaan cari method yg lebih berkesan .. blocking whole road is good , but more better with the correct method .. sometimes aku tpkir , dlm kelompok tu mgkin ada seorg ayah yg bru pulang kerja sambil membawa pulang makanan utk anak isteri dia . Mgkin ada sorg anak muda berdisiplin bru pulang dr kerja berat (mungkin jugak ada someone yg tpksa bkerja lebih masa atau kena kerja double shift) .. and sometimes it gonna affect on their mindset .. kalau penutupan jalan tanpa method yg lebih baik dilakukan lepas ni , jgn terkejut kalau ada lakibini berbaju kerja berenang balik rumah , jgn tkejut kalau nmpk uncle bru habis joging berenang tepi pantai rr tu .. sb mindset depa akan kata , "aku xsalah , tp kalau aku xblah ,bila aku boleh balik , dah la kena tolak moto jauh , malaikat maut pon boleh nazak kalau tolak moto p balai bagan dgn umur 40an ) .. cadangan saya , penutupan jalan tu setuju, tp cuma dapatkan bantuan pegawai dr kawasan lain (utk tambah tenaga kerja) utk tujuan checking.. buat 3 grup , 1st grup tahan dan asingkan ikut kriteria (yg nmpk mcm kaki rayau diasingkan dr laki yg baru balik qeja).. grup 2 buat checking ic, lesen, roadtax and etc (grup ni paling rmai pegawai) dan grup ke 3 adalah grup last block , in case ada adegan kejar mengejar .. jimatkan masa , insan tak bsalah tak rasa tbeban , walaupun kerajaan terpaksa gunakan tenaga kerja yg lebih .. tq

    ReplyDelete