Tuesday 24 December 2019

Salahkan aplikasi WAZE Kerana Memandu Lawan Arus

Seorang penunggang motosikal cedera selepas terbabas ketika mengelak kenderaan yang dipandu melawan arus dari arah Sungai Petani.

Memetik Berita Harian, kejadian berlaku di susur masuk Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan jam 4.50 petang, kelmarin.

Wanita berusia 23 tahun itu bagaimanapun menyalahkan Waze kerana mengikut arahan aplikasi pandu arah berkenaan hingga memandu melawan arus




Kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner, Noorzainy Mohd Noor, kerani di sebuah kilang itu memandu secara lawan arus sebaik tiba di susur masuk lebuh raya berkenaan hingga hampir melanggar seorang penunggang motosikal.

Bagaimanapun, penunggang terbabit yang cuba mengelak terbabas dan cedera di tangan.

Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas untuk menerima rawatan, manakala pemandu disiasat mengikut Kaedah Kaedah Pengangkutan Jalan (Peraturan 10 LN166/59).

SUMBER

No comments:

Post a Comment