Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Jamil Jaafar, 31 tahun, berjaya dikeluarkan dari kenderaannya oleh orang awam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kerian Dep Supt Sanusi Salleh yang mengesahkan kejadian itu berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan menuju ke pekan Tanjung Piandang.
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit.
Mangsa disahkan meninggal dunia pada 12.20 tengah malam tadi (22 Disember)
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
No comments:
Post a Comment