Tuesday 24 December 2019

Lebih 1,000 ayam mati, lori terbalik.


Sebuah lori 18 tan yang membawa muatan ayam hidup terbabas dan hilang kawalan sebelum terbalik di Jalan Tobiar, berdekatan Kampung Jelutong, di Pendang, Kedah hari ini.

Kejadian berlaku 8.30 pagi dipercayai disebabkan tayar belakang sebelah kiri lori berkenaan pancit.

Difahamkan, lori terbabit membawa 3,000 ekor bekalan ayam hidup namun 1,000 daripadanya mati selepas terhimpit dalam kemalangan itu.

Sementara pemandu lori dan kelindannya selamat dan hanya mengalami luka ringan.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, lori terbabit dalam perjalanan ke kilang memproses ayam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Kemalangan itu tidak membabitkan kenderaan lain.

Kredit Harian Metro

No comments:

Post a Comment