Wednesday 18 December 2019

Papan iklan kontroversi ‘sugardaddy’ akhirnya diturunkan

 Papan iklan berkaitan ‘Sugardaddy’ yang didakwa dinaikkan di sekitar kawasan sini mencetuskan kontroversi di kalangan warga maya.

Terletak tidak jauh dari sebuah masjid di Bangsar Baru, papan iklan tersebut memaparkan seorang wanita, sambil tersenyum, memeluk bahu seorang lelaki berumur dan beruban.


Iklan yang mempromosi satu aplikasi itu bagaimanapun telah diturunkan selepas aduan dibuat kepada Jabatan Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.

Menyisip satu klip video, wakil rakyat Lembah Pantai Fahmi Fadzil memaklumkan setakat jam 10 malam tadi, iklan itu telah dibuang kerana tidak sesuai dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.






“Siasatan akan dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana iklan seperti ini boleh disiarkan, dan jika pengusaha didapati melanggar peraturan maka tindakan tegas akan diambil,” katanya di Facebook.


Rata-rata pengguna media sosial terkejut dan berang mempersoal bagaimana iklan seumpama itu boleh disiarkan di papan iklan besar di kawasan tersebut.

SUMBER

No comments:

Post a Comment