Wednesday 23 October 2019

#UniversitiMalaya Seorang wanita maut dihempap pokok




Seorang wanita dewasa meninggal dunia selepas dihempap sebatang pokok di depan pintu masuk utama Universiti Malaya hari ini.

“Identiti mangsa yang meninggal dunia seorang wanita masih lagi belum dikenal pasti dan telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” kata Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan sebelum ini menyatakan wanita tersebut seorang pelajar warga China yang berumur lingkungan 20-an.

Menurut bomba, pasukan penyelamat berkejaran ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 5.31 petang tadi.



Setibanya di depan pintu utama universiti pada 5.44 petang, mereka mendapati mangsa dihempap sebatang pokok.

“Mangsa tersebut disahkan meninggal dunia oleh pihak paramedik Pusat Perubatan Universiti Malaya,” kata Komander Operasi Mohd Ramzan Muhammad dalam kenyataan.

Dalam perkembangan sama, pokok tumbang juga melibatkan tiga buah kenderaan yang diletakkan di kawasan berhampiran.

Sementara itu, polis dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa merupakan seorang wanita warga Indonesia yang berumur 41 tahun.

Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat satu pokok besar tumbang menghempap mangsa dan tiga buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan pintu masuk universiti.

“Mangsa yang mati di tempat kejadian dipercayai sedang berjalan kaki untuk keluar dari universiti,” katanya.

Polis berkata mayat mangsa dibawa di ke Jabatan Forensik PPUM untuk bedah siasat, dan sedang mengesan waris mangsa.










No comments:

Post a Comment