Thursday 24 October 2019

#ParitBuntar Viral di media sosial, gambar penggali kubur gali tanah dalam hujan lebat & cedok air keluar

Berhari-hari hujan lebat turun secara berterusan, sehingga mengakibatkan berlakunya banjir di beberapa negeri, menyebabkan banyak akitivit harian terganggu.

Turut terkesan akibat banjir adalah apabila berlaku kematian, dengan cuaca yang tidak menentu sudah semestinya menyukarkan pihak pengurusan terutama yang bertugas sebagai penggali kubur.

Baru-baru ini, di sosial media telah tular beberapa foto memaparkan keadaan kubur yang telah digali habis ditenggelami air banjir.

Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat seorang lekaki tetap gigih mengeluarkan kesemua air yang bertakung di dalam lubang kubur tersebut supaya pengembumian dapat dijalankan.









Berdasarkan gambar, memang banyak dugaan dan cabaran buat para penggali kubur apabila banjir melanda. Namun, atas rasa sifat tanggungjawab melaksanakan ibadah fardhu kifayah, tetap juga meneruskan penggalian kubur.


Foto-foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, majoriti mendoakan agar individu yang menggali kubur itu dipermudahkan urusannya.

Terharu dan kagum melihat kegigihan penggali kubur tersebut, semoga ada balasan baik dan ganjaran pahala buatnya yang gigih membantu menguruskan urusan pengebumian.



Kredit Kartel Dakwah / Tanah Perkuburan Parit Buntar /

No comments:

Post a Comment