Wednesday, 14 August 2019

Mana Menteri Pertahanan ? - Dr. Fathul Bari



Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu perlu segera tampil mempertahankan ribuan anggota tentera yang telah dihina oleh seorang ahli perniagaan, Koon Yew Yin.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, Mohamad perlu berbuat demikian kerana anggota tentera selama ini telah banyak berkorban menjaga keamanan negara.

Beliau turut melahirkan rasa hairan apabila ahli perniagaan itu yang berjaya hasil daripada nikmat keamanan diperolehi melalui pengorbanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) boleh mengeluarkan kenyataan yang sangat dangkal.

"Mana ada negara yang anggota tenteranya perlu sentiasa berperang. Pertahanan sesebuah negara adalah perkara yang paling penting dan perlu sentiasa diperkasakan dan bukan hanya dengan berperang semata-mata.

"Dalam soal ini, Mohamad perlu segera tampil dan tegas dalam mempertahankan anggota tentera yang telah dihina ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Yew Yin dalam laman blog kendaliannya menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil langkah sewajarnya untuk mengurangkan perbelanjaan perkhidmatan awam yang disifatkan beliau terlalu besar.

Menerusi tulisan tersebut, Yew Yin dipetik sebagai meminta kerajaan menyemak semula senarai pekerja di jabatan kerajaan serta memecat mereka yang tidak diperlukan.

Antara yang dibangkitkan ialah dengan menjadikan anggota tentera sebagai contoh dan menyifatkan anggota pasukan keselamatan negara itu hanya makan dan tidur sahaja.

Tambah Fathul Bari, beliau berharap Mohamad tidak mengambil sikap mengunci mulut dalam isu penghinaan Yew Yin terhadap warga ATM, hanya disebabkan ahli perniagaan itu dikatakan adalah antara penyumbang dana kepada Parti Amanah Negara (Amanah).

"Kenyataan ahli perniagaan ini telah menggores hati seluruh anggota tentera dan rakyat di negara ini. Jadi Mohamad perlu mengambil tindakan tegas dalam isu ini," katanya.- UTUSAN ONLINE

1 comment:

  1. Tu dia! Patutlah si mat sabu PERASUAH/PEROMPAK punya SENYAP mcm. si PENAKUT DAYUS; rupa2nya dpt. DANA (disyaki RASUAH) dr. PERASUAH/PENJAJAH Tokey Cina BABI DAP bangkai ANJING ni!!

    Lihat juga RASUAH dr. DAP PENGGANAS/PENJAJAH utk. mat sabu BANGKAI ANJING sebnyk $16,000 SEBULAN dulu - maka SAMPAH PENGGANAS/PENJAJAH/PENIPU/PERASUAH/PEROMPAK/PENIPU/PENYANGAK DAP bangkai ANJING homo JIJIK Zionis ISrael ni dah berjaya MENGUASAI akan ATM kita sebenaqnya, kerana TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN pun si puaka DAP ANJING ni!! Maka, mana si BETINA tipah koya/SPRM bangkai ANJING ni oi?!!! Di -

    https://www.thethirdforce.net/pendedahan-panas-tony-pua-lim-guan-eng-dan-agenda-anti-islam-anti-bahasa-melayu-pro-komunis-dan-pro-zionis-dap/

    PENDEDAHAN PENUH: TONY PUA, LIM GUAN ENG DAN AGENDA ANTI-ISLAM, ANTI-BAHASA MELAYU, PRO-KOMUNIS DAN PRO-ZIONIS DAP: Kenapa DAP tidak berani saman Mohamad Razali bin Abdul Rahman semenjak tahun 2011 sedangkan beliau telah membuat dakwa ini di merata-rata tempat di Malaysia?

    Oleh Raggie Jessy

    The Third Force net
    February 3, 2019

    ReplyDelete