Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.36 petang, pada Jumaat.
"Seramai 18 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Setiba di lokasi, bomba mendapati sebuah lif terhempas dari tingkat lima ke tingkat bawah bangunan dan terdapat lapan mangsa yang terperangkap di dalam lif berkenaan.
"Mereka terdiri daripada enam lelaki, seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki, katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat
Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menyatakan empat mangsa lelaki termasuk kanak-kanak itu mengalami kecederaan patah kaki manakala mangsa selebihnya mengalami kecederaan bahagian pergelangan kaki.
"Kesemua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut," jelasnya.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
No comments:
Post a Comment