Thursday, 8 August 2019
Dr P Ramasamy didesak letak jawatan Exco Pendidikan oleh Armada P.Pinang
PULAU PINANG - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) negeri mendesak Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Dr. P. Ramasamy meletakkan jawatan ekoran kritikannya berhubung dasar penulisan khat yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan.
Armada negeri dalam satu kenyataan berkata, meskipun dengan portfolio itu, Ramasamy sehingga kini tidak menunjukkan sebarang inisiatif dalam memartabatkan sejarah dan warisan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kepada generasi muda di negeri ini.
Sebaliknya, katanya, Ramasamy lebih cenderung untuk mempromosikan elemen-elemen rasis dan ekstremis yang tidak seharusnya ditonjolkan oleh seseorang pemimpin apatah lagi yang menggalas tanggungjawab dan portfolio pendidikan negeri.
"Maka, tindakan-tindakan Ramasamy yang sering bersifat rasis dan ektremis ini jelas menyatakan portfolio tersebut langsung tidak sesuai untuk dipikul oleh beliau.
"Sekiranya pemimpin seperti ini masih memegang portfolio ini, maka impaknya terhadap generasi muda dalam negeri jelas ke arah yang lebih negatif," demikian menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II sebelum ini dilaporkan mengkritik Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berhubung pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi dalam buku teks di sekolah jenis kebangsaan.
Menurut Ramasamy, beliau sukar untuk mempercayai Dr. Mahathir mahu memaksa pelaksanaan pembelajaran khat tanpa memahami akibatnya dalam sebuah masyarakat yang terbahagi dan pelbagai seperti di Malaysia.
Dalam pada itu, Armada negeri turut memohon jasa baik kerajaan negeri untuk memberikan portfolio pendidikan tersebut kepada pemimpin yang benar-benar mempunyai hasrat untuk membangunkan agenda pendidikan negeri yang lebih holistik dan komprehensif.
Katanya, Ramasamy seharusnya menyokong langkah serta inisiatif Kementerian Pendidikan untuk memartabatkan warisan bahasa Melayu dan tidak menjadi 'api dalam sekam' serta 'gunting dalam lipatan' terhadap hasrat murni kerajaan dalam membina identiti nasional yang berakar jati peribumi.
Jelasnya, tindakan Ramasamy membangkang usaha Kementerian Pendidikan itu jelas menyerlahkan kedangkalan beliau dalam memahami sejarah dan keistimewaan tulisan tersebut.
"Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 secara jelas menyebut Jawi merupakan tulisan bagi bahasa kebangsaan di samping tulisan rumi.
"Tulisan Jawi turut dicetak di wang kertas dan syiling negara, jata negara serta jata negeri-negeri tertentu dan juga semua Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu," katanya.
Tambah kenyataan itu, meskipun Malaysia merupakan negara yang meraikan kepelbagaian kaum dan agama, namun tidak seharusnya muncul pihak-pihak yang meletakkan kaligrafi Cina atau Tamil setaraf dengan tulisan Jawi.
Ini kerana, ujarnya, tulisan-tulisan tersebut telah pun dan sedang dipulihara serta diangkat di negara-negara asalnya.
"Secara tuntasnya, memulihara dan mertabatkan keagungan tulisan Jawi hendaklah menjadi tanggungjawab segenap lapisan masyarakat," katanya.
Sumber - UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila KETUA POLIS NEGARA nak SIASAT si PENGGANAS ramasamy & 'NGO' DAPpembunuh bangkai ANJING homo JIJIK Zionis ISrael ni-si PENAJA PENGGANAS/PEMBUNUH Tamil Eelam Sri Lanka (yg. masuk dgn. IC2 PALSU dr INDIA dan NEPAL, dan BERSARANG di KONDO2 MEWAH dgn. PENGURUSANnya dr. DAPpembunuh, dan kemudian diberikan IC-IC negara kita yg. PALSU) kat NEGARA ISLAM kita ni!! Tgk. REPOT2 POLIS yg. BERLAMBAK, terhdp. PENGGANAS ramasamy ni - yg. telah diTUTUP sewenangnya oleh POLIS/KDN atau PEGUAM NEGARA PARIA rasis pundek BANGKAI ANJING DAP pENGGANAS/PENJAJAH tu!! CELAKA betul PENIPUAN ni!!! Lihat di –
ReplyDelete1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/454725/siasat-ngo-sokong-ltte
Siasat NGO sokong LTTE
Oleh Syalikha Sazili
Berita Harian Online
27 Julai 2018;
2. https://www.bharian.com.my/node/190189
Suspek serang Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka direman tiga hari
Oleh Nor Azizah Mokhtar
Berita Harian Online
6 September 2016; dan di
3. http://www.bhplus.com.my/berita/kes/2018/07/449963/laporan-polis-ke-atas-p-ramasamy
Laporan polis ke atas P Ramasamy
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Berita Harian Online
16 Julai 2018