Seorang lelaki nekad terjun dari sebuah feri malam tadi kerana tertekan dengan sikap isterinya yang terlalu mengongkong.
Lelaki yang mendirikan rumah tangga lebih 10 tahun itu turut berdepan masalah bebanan kewangan, lapor Harian Metro.
Terdahulu, lelaki berkenaan dikatakan baru tiba di Butterworth dari Kuala Lumpur dengan menaiki bas sebelum mengambil feri untuk ke George Town.
Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak turun sebaik tiba di George Town sebaliknya berpatah balik ke Butterworth dengan feri yang sama.
Sebaik tiba di kawasan perairan Butterworth, lelaki itu terjun dari bahagian belakang tingkat atas feri terbabit.
Siasatan polis mendapati mangsa tertekan dengan sikap isterinya sehingga kerap kali bergaduh selain perniagaannya merosot.
Dalam insiden 7.22 malam tadi, mangsa berjaya diselamatkan pasukan bantuan sebelum dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan susulan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment