Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi Khamis lalu, mangsa, Koh Kean Joo dipercayai terjatuh akibat mabuk ke bahagian lantai tingkat lima pangsapuri itu menerusi tingkap rumahnya yang tidak berjeriji.
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, kejadian tersebut disedari isteri mangsa berusia 35 tahun yang ketika itu sedang tidur selepas mendengar bunyi dentuman kuat di luar rumahnya.
Kata beliau, siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa sedang minum arak jenis ‘Chang Yu’ buatan China berseorangan di ruang tamu rumahnya dan dipercayai gagal mengawal diri sebelum terjatuh akibat mabuk.
“Mangsa masih sedarkan diri selepas terjatuh namun tidak dapat bergerak akibat kecederaan dialaminya sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Che Zaimani, siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu selain tiada saksi atau rakaman litar tertutup (CCTV) sewaktu kejadian malah isteri mangsa juga tidak mengetahui punca sebenar kejadian.
Tambahnya, mangsa kini masih tidak sedarkan diri dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di sini dan polis akan mendapatkan keterangan lanjut daripada mangsa untuk membantu siasatan. -UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment