Sunday, 23 June 2019
Terkini Di Pasir Gudang.!! 10 Pelajar Muntah Dipercayai Terhidu Udara Cemar
Sekurang-kurangnya 10 orang murid di Sekolah Menengah Nusa Damai, Pasir Gudang dilaporkan muntah dan loya-loya selepas dipercayai terhidu udara tercemar pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku jam 10.30 pagi tadi sekaligus memaksa guru-guru bertungkus lumus membantu murid berkenaan tiba-tiba menjadi tidak bermaya.
Beberapa ambulans turut dilihat memasuki sekolah itu bagi membawa murid keluar untuk diberikan rawatan.
Ini adalah kejadian kedua selepas Sekolah Agama Taman Mawar turut dilanda simptom yang sama Khamis lalu.
Sekolah kebangsaan Nusa Damai terletak kira-kira dua kilometer dari Sekolah Agama Taman mawar.
Semalam kerajaan negeri mengumumkan tiga sekolah dan dua tadika sekitar Pasir Gudang diarah tutup selama dua hari selepas udara di kawasan itu didapati tercemar.
Bagaimanapun punca kejadian itu masih gagal dikesan hingga kini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad semalam turut mengesahkan gejala sesak nafas yang berlaku di sekolah Taman Mawar di Pasir Gudang berpunca dari pembuangan sisa toksid sepertimana yang berlaku Mac lalu.
Hingga jam 11.30 pagi tadi, belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment