4 mangsa - pekerja pembinaan warga Myanmar dikhuatiri tertimbus.
“Operasi mencari dan menyelamat dimulakan bomba dengan pembabitan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas laporan diterima jam 9.25 malam ini.
“Setakat ini kita sudah menemui lokasi mayat-mayat di bawah timbunan tanah sedalam kira-kira lima meter dan usaha mengeluarkan mereka sedang dilakukan,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, keluasan kawasan tanah runtuh adalah 50 meter persegi dan lokasi pencarian dibahagikan kepada dua zon.semua mangsa dipercayai tertimbus di bawah tembok penahan tanah di pekarangan sebuah hotel di situ.
“Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang membina tembok penahan berkenaan, sebelum struktur itu runtuh. Kini, pihak bomba dan APM negeri sedang giat mencari mangsa secara manual," katanya kenyataan kenyataan ringkas, sebentar tadi.
“Usaha mengeluarkan mayat akan di lakukan segera,” katanya di sini malam ini.
Saadon berkata, bomba juga telah menghantar pegawai pemeriksaan keselamatan untuk menilai keadaan tanah dan pergerakan tanah di kawasan tanah runtuh.
“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan jika keadaan cuaca baik dan sekiranya tidak berlaku pergerakan tanah,” katanya
mangsa pertama kejadian runtuhan tanah itu ditemui kira-kira jam 11.15 malam.
Mangsa kedua kejadian runtuhan di Jalan Batu Ferringhi, Pulau Pinang ditemui maut dengan lokasi penemuan adalah berhampiran mayat pertama, kira-kira jam 12 tengah malam tadi - OCPD Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang
Mangsa ketiga kejadian tanah runtuh di Jalan Batu Ferringhi, Pulau Pinang ditemui kira-kira jam 12.15 tengah malam tadi.
3 mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Batu Ferringhi, Pulau Pinang ditemui dalam keadaan berdiri dan tertusuk pada cerucuk. Mayat terakhir masih dicari. - Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang
Ini bukan kali pertama kejadian tanah runtuh mengejutkan penduduk Pulau Pinang sehingga mereka menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pihak terlibat.
Tahun lepas, sembilan warga asing maut ekoran kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus di Paya Terubong.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan kontraktor projek itu dipertanggungjawabkan atas kejadian berkenaan.
Pada tahun 2017, seramai 11 pekerja termasuk seorang penyelia warga Malaysia, tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak pembinaan perumahan di Tanjung Bungah.
Berita lanjut menyusul.
No comments:
Post a Comment