LELAKI yang membelasah seorang duda orang kurang upaya (OKU) hingga mati dalam kejadian di Jalan Kenanga 8, FELCRA Changkat Lada, Kampung Gajah, semalam dikenakan tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Batu Gajah, hari ini.
Majistret Nazratul Natrah Mohd Yusuf mengeluarkan perintah tahanan reman itu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek yang berusia 42 tahun dan mempunyai enam anak dibawa ke mahkamah menaiki kenderaan polis sekitar pukul 9 pagi.
Suspek turut bertindak ganas dengan cuba menendang dua jurufoto yang merakam gambarnya namun tidak kena dan memberi amaran agar gambarnya tidak dirakam.
Lelaki berkenaan kemudian ditenangkan oleh anggota polis sebelum dibawa ke dalam mahkamah.
Dalam kejadian 2.30 petang semalam, seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dipukul sehingga mati oleh suspek dalam kejadian di Jalan Kenanga 8, FELCRA Changkat Lada, Kampung Gajah
Mangsa, Badrul Hisham Ngah Aziz, 42, yang juga duda anak tiga parah di beberapa anggota badan akibat dipukul suspek dengan kayu yang diletakkan paku.
Difahamkan, sebelum itu kira-kira pada jam 12 tengah hari, mangsa bersama isteri suspek dikatakan keluar ke Teluk Intan untuk membeli barang dengan menaiki sebuah kereta.
No comments:
Post a Comment