Thursday, 27 June 2019

Anak dinamakan GOOGLE dengan harapn menjadi insan berguna kepada manusaia



Nama yang sohor kini di Malaysia suatu ketika dahulu adalah Danish. Di peringkat global pula nama Khaleesi dan Arya mendapat pilihan kerana pengaruh siri TV Game of Thrones. Tetapi di Indonesia seorang bayi telah dinamakan Google oleh kedua orang tuanya kerana harapan beliau akan menjadi insan yang berguna kepada manusia.



Menurut laporan portal Kumparan, Google adalah anak kedua kepada Ella Karina dan Andi Cahya yang berasal dari Bekasi, Jawa Barat. Bayi comel ini dilahirkan pada 30 November tahun lalu dan menjadi tular di Indonesia kerana keunikan nama yang dipilih. Menurut Andi Cahya, pada asalnya nama Albar Dirgantara Putra dipilih tetapi selepas bayi selamat dilahirkan beliau tergerak untuk memilih nama Google.

Nama dipilih kerana Google memberikan manfaat yang besar kepada manusia dan anak beliau hidup di zaman era teknologi. Selain Google nama berkaitan teknologi yang pernah difikirkan oleh si bapa ialah Microsoft, iPhone, iOS dan Windows.

No comments:

Post a Comment