Thursday, 20 June 2019

#AlMerozHotel Halal Pertama di Thailand

Hotel halal pertama Thailand, Al Meroz hotel, terletak di daerah Ramkhamhaeng, timur kota Bangkok.

Hotel yang menawarkan sejumlah 242 buah bilik ini dimiliki oleh Thai-Muslim TS Family Group dan diiktiraf sebagai ‘Penyedia Layanan Mesra Muslim’ oleh Pusat Halal Teluk Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Menyedari potensi pasaran dengan sejumlah 1.6 bilion mereka yang beragama Islam di seluruh dunia, sasaran pasaran hotel Al Meroz meliputi para pelancong Muslim dari Perancis, Jerman, negara-negara Scandinavia dan negara-negara Eropah Timur seperti Serbia.

Secara ringkasnya, hotel mesra Muslim Al Meroz menawarkan kepada pelanggan perkhidmatan dan kemudahan seperti:

1. Restoran menyediakan sajian halal sepenuhnya.
2. Bilik solat berasingan untuk lelaki dan wanita.
3. Kolam renang dengan waktu operasi berbeza untuk lelaki dan wanita.
4. Selain penunjuk arah kiblat, bilik penginapan menyediakan sejadah dan Al-Quran. 5. Aras khas untuk wanita.




No comments:

Post a Comment