Selepas menduda sekian lama, personaliti TV popular, Ally Iskandar Mohd Mardzi dilaporkan telah bernikah kali kedua dengan seorang gadis yang dikatakan berasal daripada Temerloh, Pahang.
Terima andai kasih, kasih andai terima…
Perkara tersebut telah tular apabila semalam, Ally dilihat memuat naik satu posting di Instagram miliknya dengan sekeping gambar dan kapsyen kata-kata pujangga.
VIEW THIS POST ON INSTAGRAMSERINGGIT DIPECAH DUA SECUPAK DICEDUK SEPARUH SEGELAS DITEGUK BERGILIR. HUJAN PANAS DITEBAR ATAP ANGIN RIBUT DIBINA DINDING ANJING, PENCURI DIPASAK PAGAR. DOSA SENDIRI TAK TERHITUNG TAPI SANGGUP MENANGGUNG ORANG. TERIMA, ANDAI KASIH. KASIH, ANDAI TERIMA. DIRI TAK PERNAH MEMAKSA. DIRI TAK PERNAH MEMAKSA.A POST SHARED BY ALLY ISKANDAR (@ALLYISKANDARRASMI) ON
Majlis pernikahan pagi tadi
Menerusi muat naik tersebut, terdapat beberapa komen mengucapkan tahniah kepada pengendali Malaysia Hari Ini diatas pernikahan tersebut.
Menurut komen yang di terima di posting tersebut, ada yang mengatakan bahawa Ally telah bernikah dengan seorang mahasiswa yang dikenali sebagai Marlina pagi tadi.
Menjengah ke runagan komen, rata-rata netizen turut mendoakan agar hubungan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan selamat pengantin baru untuk mempelai.
Sumber : Ally Iskandar
No comments:
Post a Comment