Sunday, 23 June 2019

Ally Iskandar hantar Farah Lee & anak pulang UK



Meskipun ramai yang mendoakan Ally Iskandar dan Farah Lee kembali bersatu namun apakah daya jika sudah takdir Allah mereka bukan lagi jodoh apabila personaliti televisyen popular itu kini sudah bernikah lagi. Menerusi laman Instagram Farah Lee, dia dan anaknya yang berangkat pulang ke United Kingdom pagi ini berkongsi sekeping foto kenangan sebelum meninggalkan Malaysia.

Dalam foto tersebut, Ally dilihat menghantar bekas isteri dan anaknya sehari selepas melangsungkan pernikahannya semalam. Bukan itu sehaja, selain ditemani keluarga, kepulangan Farah dan anaknya, Maream Esabel yang kini berusia lima tahun itu ke negara tersebut turut dihantar isteri baharu Ally.


"Pengantin baru hantar omma, Maream balik UK. First time Maream jumpa Ibu tapi kalut2 tadi terlupa nak ambik gambar berempat. Barakallahufik to both Daddy and Ibu. Moga mendapat dan membagi sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga. Dan berkekalan hingga Syurga. Cecepat bagi Maream baby brother okay? Kurang sket pressure omma," tulis farah di IGnya.

Semalam, setelah hampir tiga tahun menduda, Ally atau nama penuhnya Ally Iskandar Mohd. Mardzi akhirnya menemui pengganti apabila melangsungkan pernikahan dengan seorang wanita dikenali sebagai Marlina Ibrahim. Difahamkan, pengacara yang cukup sinonim dengan program Malaysia Hari Ini (MHI) itu bergelar suami kepada wanita kelahiran Temerloh, Pahang dengan sekali lafaz beserta mas kahwin sebanyak RM22.50 dan senaskah al-Quran.

No comments:

Post a Comment