Skim ini diwujudkan untuk membantu golongan belia bujang dan berkahwin memiliki rumah pertama dengan mudah melalui kemudahan pembiayaan perumahan SPB BSN.
ANSURAN SUBSIDI RM200 SEBULAN SELAMA 2 TAHUN!
Melalui skim ini, dana subsidi ansuran bulan sebanyak RM200 sebulan akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan sepanjang 2 tahun turut disediakan.
Contohnya jika bayaran bulanan rumah RM1,200 sebulan, jadi peminjam hanya perlu membayar RM1,000 dalam tempoh 2 tahun pertama.
Namun skim ini terhad dan ditawarkan kepada 20,000 unit rumah sahaja berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’.
Jadi pemohon dinasihatkan untuk segera melakukan semakan permohonan agar tidak telepas peluang bantuan ini.
Permohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan BSN atau klik untuk memohon
No comments:
Post a Comment