Saturday 27 April 2019

McDonald memperkenalkan Chicken Foldover & Nasi McD sempena Ramadan


Mencari lokasi untuk bersahur dan berbuka puasa?
Pening kepala nak cari menu bersahur atau berbuka puasa?
Ni, antara pilihan yang boleh dipilih korang ketika Ramadhan menjelang kelak.

Mcdonald Malaysia memperkenalkan menu baru sempena bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi. Dua menu tersebut adalah Chicken Foldover dan Nasi McD.




Chicken Foldover juga dikembalikan untuk menu berbuka puasa dan bersahur
Banana Pie juga disajikan sebagai menu pilihan tambahan untuk bersahur rakyat Malaysia di bulan ramadhan.

Nasi McD menyajikan pilihan seolah nasi kandar.Boleh pilih Nasi McD banjir atau biasa. Seolah pekena Nasi kandar pula.


info tambahan buat pengguna aplikasi, McDonald melancarkan ‘ 30 days of Ramadan’.
Setiap hari, McDonald akan memberi kupon promosi kepada pelanggan yang menggunakan aplikasi mereka.
Aplikasi McDonald boleh di download di Apple Store ataupun Google Play Store.
Menu ramadhan special ini mula dijual sehingga 5 Jun 2019. Jadi, pada yang dah tak sabar bolehlah terjah dan nikmati sendiri menu McDonald berhampiran korang.

No comments:

Post a Comment