Hari ini, Hong Leong Yamaha Malaysia telah melancaran model baru di Malaysia hari ini di Jasin Melaka.
Ianya sempena pembukaan pusingan pertama perlumbaan Petronas Sprinta cub prix yang akan berlangsung pada ahad 24 Mac ini.
Bagi mereka yang kurang arif dengan model ini, perubahan versi V2 ini agak banyak. Walaupun spesifikasi teknikal tidak berubah, namun “muka” Y15ZR V2 sudah berubah sepenuhnya dan didatangkan dengan lampu LED.Didatangkan dalam empat warna yang menarik iaitu Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey, ia dijangka bakal menemui para peminatnya secara rasmi bermula pertengahan April 2019.
Harga? Hong Leong Yamaha Motor masih lagi berahsia dan ia dijangka akan diumumkan bulan hadapan.
Setiap pembelian Yamaha Y15ZR V2 ini akan menerima kunci brek cakera bernilai RM100.
No comments:
Post a Comment