Sunday, 31 March 2019

Sebanyak 222 Buah Cawangan Hopemart Bakal Dibuka Di Seluruh Negara


Selepas Pakatan Harapan memegang negara, kebanyakan nama sesuatu program yang dilakukan kerajaan terdulu telah diubah dan ditambah baik. Sebagai contoh, kini Hopemart pula bakal diperkenalkan.

Berdasarkan kenyataan Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM), sebanyak 222 buat kedai Hopemart bakal dibuka di seluruh negara yang bakal menawarkan keperluan asas pada harga yang lebih murah.

Hopemart juga bakal dibuka disetiap kawasan parlimen dan menawarkan harga 10 peratus lebih murah berbanding harga pasaran.


  • Nampaknya ia mempunyai objektif yang sama seperti kewujudan KR1M dibawah Barisan Nasional dahulu dan harapnya ia dapat meringankan eban rakyat, malah membantu golongan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) kerana 70 peratus barangan yang dijual adalah produk IKS.

No comments:

Post a Comment