Wednesday, 27 March 2019

Pengawal keselamatan dihukum mati kerana rogol, bunuh pelajar di Telok Kumbar 3 Tahun Lepas

Tarmizi Yaakob (kanan) disabitkan hukuman mati kerana merogol dan membunuh seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun. Foto MUSTAFA AHMAD

SEORANG pengawal keselamatan yang didakwa kerana membunuh seorang pelajar, disabitkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi di George Town, Pulau Pinang.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Wahab Mohamed berkata, berdasarkan bukti, Tarmizi Yaakob, 23, didapati menyebabkan kecederaan yang mengakibatkan kematian seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.

"Pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes," katanya semasa memutuskannya pada Selasa.

Abdul Wahab turut mensabitkan Tarmizi dengan hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan kerana merogol mangsa.

Peguam bela, S. Yagoo dalam mitigasinya berkata, tertuduh kesal dan meminta supaya hukuman diringankan.

Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee menggesa mahkamah mengenakan hukuman maksimum kerana ia merupakan perkara yang serius.

Selepas merogol, Tarmizi dari Permatang Damar Laut membunuh mangsa pada 25 Oktober 2015, antara pukul 7.30 pagi dan 7.30 malam di pangsapuri Bandar Baru Perda di Teluk Kumbar.

Pendakwaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. - Mstar / The Star


8 comments:

  1. Semoga Allah Mengampuni Tarmizi..

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah Lindungan kamu dimana jua..amin

    ReplyDelete
  3. Kalau bole taubat ka Allah byk byk

    ReplyDelete
  4. Sblum buat apa2 fkir msak2 dlu....jgn perlakukan ank org seperti itu...ibu dn ayah dia dh bersusah pyah membesarkn dia utk menjadi seorang yg berjaya....suka hti sja buat ank org mcm tu....klu la darah daging sndri diperlakukan mcm tu...bgaimana perasaan ibu bpa dn kluarga sndri akn rsa.....jika diberi peluang utk hdup kli ke2 ,,,insaf la...

    ReplyDelete
  5. ok la dia tahu mati dia bila.
    kita niy x tau mati bila dan smpat ke x kita taubat kepada allah swt.
    dia dah tau mati dia dan dia leh doa bnyak2 dan taubat kepda allah swt.
    semoga senang2 ke sana ya kawan.

    ReplyDelete