Saturday, 23 March 2019
Ini Penggal Terakhir Saya Jadi Ahli Parlimen - Nurul Izzah
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mendedahkan hasratnya untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk tempoh sepenggal sahaja.
Menurut laporan yang dipetik daripada Straits Times Singapura, anak perempuan sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kecewa dengan pentadbiran PH yang dilihat terlalu perlahan untuk melaksanakan perubahan asar dan reformasi.
“Saya katakan bahawa ini ada penggal saya yang terakhir. Ini rancangan saya sekarang," katanya.
Semalam, Nurul Izzah mengambil keputusan mengejutkan apabila meletakkan jawatannya sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Beliau dikatakan membuat keputusan berkenaan disebabkan tidak berpuas hati dengan pemilihan kepimpinan PAC.
Hal tersebut berlaku selepas Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee meninggalkan UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dalam pada itu, Nurul Izzah turut melahirkan kekecewaan terhadap obsesi kerajaan PH terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan tidak memberi fokus terhadap isu sebenar.
Selain itu, beliau turut kecewa terhadap ahli-ahli Parlimen daripada pembangkang yang menyertai PH secara beramai-ramai.
“Kita perlukan pembangkang yang kuat. Ini adalah situasi yang menyedihkan kerana saya percaya sistem dua parti penting untuk masa depan Malaysia," ujarnya.
Kredit Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment