Saturday 26 January 2019

Tidak Rasmi. BN menang PRK Cameron

Cameron Highlands kekal milik BN

Keputusan tidak rasmi setakat 6.52pm menunjukkan calon BN, Ramli Mohd Nor memenangi PRK Cameron Highlands selepas mendapat 11,320 undi, iaitu lebih separuh dari kira-kira 22,000 keluar mengundi (70 peratus). Calon PH pula mendapat 6,942 undi..

Keputusan tidak rasmi itu dipaparkan di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, di Cameron Highlands.




 Pada PRK kali ini, seramai 32,009 orang layak mengundi termasuk 247 pengundi awal, 12 pengundi tidak hadir serta 385 pengundi kurang upaya.



 PRK itu diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan Datuk C Sivarraajh daripada BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Mei tahun lalu, terbatal dan tidak sah apabila didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.

 Sivarraajh, pada PRU lalu yang berdepan saingan lima penjuru, menang di kerusi itu selepas memperoleh 10,307 undi, manakala Manogaran meraih 9,710 undi. Calon PAS, Wan Mahadir Wan Mahmud memperoleh 3,587 undi, Parti Sosialis Malaysia (PSM), B Suresh Kumar (680 undi) dan calon Berjasa, Mohd Tahir Kassim, 81 undi.

 PRK ini adalah yang kelima selepas PRU Ke-14 dengan tiga pilihan raya sebelum ini adalah membabitkan DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong di Selangor serta PRK Parlimen Port Dickson.

No comments:

Post a Comment