Sunday, 27 January 2019

Misteri Tiang 56 & Buaya Putih Jambatan Pulau Pinang

Foto : Sofi RGB
Tak ramai generasi muda penduduk utara yang mengetahui kisah Urban Legend tentang pembinaan Jambatan ini.
Ketika awal pembinaan, sekitar tahun 80’an. Dikatakan pembinaan jambatan ini memerlukan ritual pemujaan Buaya Putih Bernama Makara milik Raja Jin Varuna yg memerintah Selat Melaka.
Malah ritual ini sendiri telah diarahkan oleh seorang VViP Malaysia yg terlibat dalam Projek Mega ini atas nasihat seorang Pawang Diraja. Dimana perjanjian telah dilakukan memerlukan korban manusia setiap purnama untuk dihidangkan sebagai santapan buaya putih.
Pada tahun 1988, pengamal silap mata terkenal yang diketahui menggunakan perantara jin pernah cuba membuat persembahan memohon untuk menghilangkan Jambatan Pulau Pinang tetapi dilarang keras Perdana Menteri ketika itu kerana dikhuatiri mencetuskan konflik diantara Jin dan boleh membawa bencana.
Ketika pembinaan, para pekerja yang terkorban akibat kemalangan dikatakan sebenarnya dikorbankan atas tujuan ritual santapan buaya putih.
Setiap purnama mengambang buaya putih dikatakan menuntut korban selepas 12 malam dimana pengguna jambatan seakan terpukau untuk terjun kebawah jambatan.
Pernah terjadi Kes misteri sekitar 80an, 2 beranak menaiki kereta pulang kepulau. Seorang anak memandu kereta dan ibunya duduk ditepi, sebaik melintasi tiang 56, anaknya terkejut apabila ibunya secara tiba2 berada dibelakang. Si anak memberhentikan kenderaan, ibunya keluar dan terjun kelaut.
Tiang ke 56 Jambatan pulau pinang? Kalangan kaki pancing di Pulau Pinang khususnya peminat Kerapu, Siakap dan Alu-Alu memang tak boleh tolak kalau diajak memancing di bawah Jambatan Pulau Pinang namun, seorang bekas kakitangan sambilan USM yang mencari rezeki dengan berniaga air tebu di pesisir pantai Seagate yang terletak di bahagian pulau.
Beliau terpaksa melupakan jawatannya di USM setelah kehilangan kedua-dua penglihatannya akibat sumpahan tiang 56. Misteri tiang 56 menjadi buah mulut ramai setelah banyak berlaku kejadian misteri yang sukar diterima akal.
Tiang 56 terletak di sebelah bahagian pulau, jika anda memandu dari Seberang Perai menuju ke Pulau Pinang, tiang 56 akan berada betul betul di bawah anda selepas dua minit anda memandu dari tengah-tengah jambatan dalam kelajuan sederhana ( 70-80 km/j ).
Tiang 56 atau lebih dikenali sebagai Tiang Mulut Puaka oleh para nelayan persisir di sana telah menimbulkan ketakutan dan trauma ke atas lebih daripada 20 orang nelayan yang mendakwa mereka pernah cuba disedut masuk ke dalam pusaran sebesar padang bolasepak di situ.
Kejadian yang berlaku dalam tahun 2004 tersebut juga pernah disaksikan sendiri oleh seorang kakitangan penyelenggaraan Penang Bridge Sdn Bhd yang menggambarkan pusaran air tersebut berbentuk wajah wanita tua yang sedang marah sambil membuka mulut seperti sedang menyedut sesuatu.
Beliau bagaimanapun dilaporkan cuba merakam kejadian tersebut dengan kamera telefon namun gagal kerana angin yang terlalu kuat pada ketika itu. Keadaan kelam kabut tersebut berakhir selepas nelayan yang terlibat malaungkan azan sambil melepaskan tembakan dari pistol isyarat api kecemasan yang dibawa bersama-samanya ketika berada dilaut.
Siapakah wanita tua yang cuba digambarkan oleh kakitangan PBSB itu? Terus kekal menjadi misteri..
Sahih atau tidak tiada siapa yang dapat merungkainya. Sesunguhnya Segalanya adalah Kuasa Allah s.w.t…
Credit : FB Izwan Zawahir

4 comments:

  1. mereka juga makluk ciptaan Allah swt

    ReplyDelete
  2. Klau kita berpegang teguh dgn keimanan yg tinggi terhadap Allah s.w.t, insyaallah keselamatan kita d jaga Allah,namun kita jgk beriman (percaya) akan alam ghaib(kehidupan jin) Kerna ia jgk makhluk ciptaan Allah

    ReplyDelete
  3. Klau kita berpegang teguh dgn keimanan yg tinggi terhadap Allah s.w.t, insyaallah keselamatan kita d jaga Allah,namun kita jgk beriman (percaya) akan alam ghaib(kehidupan jin) Kerna ia jgk makhluk ciptaan Allah

    ReplyDelete