Wednesday, 23 January 2019

Pemandu Toyota Vios dibebas dengan jaminan polis (3 Gambar)

Gambar Bernama

SEBERANG PERAI - Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) terjunam ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang pada Ahad lalu dilepaskan dengan jaminan polis sebentar tadi.

Lelaki berusia 21 tahun itu dibebaskan kira-kira pukul 6.45 petang tadi di Cawangan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam di sini selepas polis selesai mengambil keterangannya.
Gambar Kosmo

Gambar FB

Terdahulu dia yang bekerja sebagai pendandan rambut itu ditahan selepas hadir menyerah diri sambil ditemani keluarganya kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi Ahad lalu, SUV dipandu seorang pelajar kolej, Moey Yun Peng, 2O, terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan dengan kereta Toyota Vios di kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang arah Perai dekat sini.

SUV jenis Mazda CX5 itu berjaya dibawa naik dari dasar laut kira-kira pukul 6.10 petang semalam bersama mayat mangsa. - K! ONLINE

SYALMIZI HAMID
23 Januari 2019 6:58 PM

No comments:

Post a Comment