Thursday, 17 January 2019

Jumpa tahi tikus di kilang kopi

MENJIJIKKAN, itu keadaan kilang kopi di Butterworth, selepas pihak berkuasa yang memeriksa premis berkenaan menemui najis tikus di beberapa kawasan di situ.

Operasi dilakukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama beberapa agensi lain itu menemui tahi tikus di kawasan penyediaan kopi berkenaan.

Sumber berkata, dalam operasi itu pihak Jabatan Kesihatan negeri mengarahkan premis itu ditutup selama 14 hari bagi tujuan pembersihan.

Katanya, dalam operasi yang dijalankan pada 11 pagi itu, pihaknya memeriksa tiga premis termasuk kilang berkenaan yang terletak di daerah Seberang Perai Utara.
Menurutnya, pihaknya mengeluarkan kompaun RM13,000 ke atas sebuah restoran dan membuka tiga kertas siasatan.

 Harian Metro

No comments:

Post a Comment