Tuesday, 22 January 2019
Gempar lelaki terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang, sambil bersiaran 'live'. (Video)
Seorang lelaki mencuri perhatian orang awam, pasukan SAR, petugas keselamatan dan media dengan aksi gempar di jambatan kedua P. Pinang.
Dalam kesibukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalankan kerja-kerja menaikkan kenderaan SUV yang terlibat dalam kemalangan hingga terjunam ke laut di Jambatan Pulau Pinang, seorang lelaki mencetuskan gempar apabila melakukan aksi bunuh diri di jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, pada Selasa.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 ACP Rosman Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.30 pagi memaklumkan seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan.
Bagaimanapun lelaki tersebut berjaya diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu.
“Dalam pada kita sibuk melakukan aktiviti menaikkan SUV, pihak Polis Marin telah menerima satu panggilan pada jam 9.30 pagi tadi mengatakan terdapat seorang lelaki telah terjun dari jambatan kedua Pulau Pinang.
"Ekoran daripada itu, kita telah menghantar bot ronda kita ke kawasan tersebut untuk mencari dan menyelamat juga.
“Kami tiba lebih kurang 10 minit di kawasan tersebut dan pada ketika itu, mangsa sudahpun diselamatkan oleh bot nelayan yang berada di kawasan itu,” kata Rosman.
Lelaki berusia 33 tahun itu turut membuat rakaman video secara langsung ketika terjun dari jambatan.
Sementara itu, menurut pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat, Marziaddi Mahmud, lelaki tersebut terjun ke dalam laut dikilometer 12.2, Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah menuju ke Batu kawan.
Kredit Astro Awani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment