Tuesday, 1 May 2018

Mahathir Jadikan LHDN Sasaran Terbaharu


DUNGUN - Tun Dr. Mahathir Mohamad kali ini menuduh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cuba menekan masyarakat peniaga yang ingin menghulur sumbangan kepada gabungan pembangkang PKR membiayai kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Justeru gabungan pembangkang, kata Dr. Mahathir, berdepan kekangan sumber kewangan kerana golongan peniaga takut menghulur sumbangan atau bakal ditekan tuntutan bayaran cukai pendapatan yang lebih tinggi.

"Ramai yang nak sokong dan menderma tetapi takut kalau bagi wang, LHDN akan datang minta (bayaran) cukai lebih. Ada pengusaha yang terpaksa bayar RM90 juta tambahan cukai, maka ramai yang ingin derma tidak berani beri sokongan kepada calon.

"Walaupun duit tak dapat banyak, kami bersyukur, kerana kadang-kadang kami minta derma dalam majlis rapat umum sebegini. Alhamdulillah, mereka beri dengan ikhlas, bukan kerana ugutan. Nak bagi RM1 atau RM1 juta kita terima," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam ceramah siri jelajah gabungan pembangkang PKR, di Padang Astaka di bandar ini malam tadi yang turut dihadiri Presiden PAN, Mohamad Sabu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment