Wednesday, 25 April 2018
PCM bertanding dua kerusi lawan Guan Eng
BUTTERWORTH 25 April - Parti Cinta Malaysia (PCM) mengotakan janjinya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) apabila bersetuju meletakkan calon untuk bertanding di dua buah kerusi di negeri ini.
Timbalan Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata, beliau akan bertanding di salah satu daripada kerusi tersebut iaitu kerusi Parlimen Bagan yang kini disandang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Katanya, satu lagi kerusi iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih yang turut disandang oleh Guan Eng pula akan ditandingi oleh seorang calon anak tempatan iaitu R. Manikandan, 40.
Chen Guan dalam sidang akhbar ketika mengumumkan perkara itu memberitahu, walaupun risiko untuk tewas di kedua-dua kerusi itu adalah tinggi, namun, PCM akan menggunakan PRU-14 ini sebagai medan terbaik bagi membongkar salah laku Ketua Menteri itu dalam mentadbir negeri ini sejak 2008. - UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment