Wednesday, 14 March 2018

Sokongan rakyat kepada DAP di P.Pinang semakin menurun menjelang PRU14


Baru-baru ini, kerajaan DAP telah mengadakan satu program sempena Sambutan 10 Tahun DAP mentadbir negeri Pulau Pinang yang diadakan di Padang Kota Lama. Apa yang menarik dalam program DAP ini adalah apabila pengacara majlis tersebut mendakwa seramai 50,000 orang menghadiri majlis berkenaan.

Kenyataan itu kononnya untuk menampakkan program DAP itu mendapat sambutan dan sokongan rakyat. Sedangkan hakikatnya majlis tersebut dikatakan tidak mendapat sambutan hangat pun apabila boleh dikatakan hampir 5,000 sahaja yang hadir.

Inilah sikap pembangkang terutamanya DAP yang sering mengubah keadaan sebenar untuk menampakkan mereka hebat. Malah, jika dilihat sebuah portal yang sudah diketahui merupakan portal pro-pembangkang iaitu Malaysiakini pun tidak melaporkan 50,000 orang hadir, sebaliknya hanya menyatakan 15,000 orang yang hadir.

Selain melaporkan berapa orang ramai yang hadir dalam program DAP itu, portal pro-pembangkang itu juga membandingkan dengan jumlah kehadiran pada ceramah-ceramah sebelum ini yang mana jumlah orang ramai yang ‘membanjiri’ hingga ke tepi jalan utama.

Tidak dinafikan, 5 tahun lalu, DAP boleh mendabik dada dengan mengatakan Padang Kota Lama menjadi menjadi bukti betapa hebatnya pengaruh parti Roket itu semasa mengadakan ceramah-ceramah di tempat terbuka.

Sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, parti Roket itu menjadikan Padang Kota Lama pentas untuk menguji sokongan rakyat kepada parti dan ketika itu DAP berjaya.

Walaupun ceramah hanya bermula pulu 9 malam namun seawal 6 petang, puluhan ribu penyokong parti Roket itu mula memenuhi dan berarak ke kawasan menjadi tarikan pelancong itu, sambil bangga mengibarkan bendera DAP dan melaungkan slogan ‘Ubah dan Ini Kalilah’.

Itu berlaku lima tahun lalulah, situasi itu tidak berlaku lagi pada majlis sempena Sambutan 10 Tahun DAP mentadbir negeri Pulau Pinang baru-baru ini. Tiada lagi orang ramai bersesak, sebaliknya lenggang sahaja.

Boleh lihat sendiri gambar di atas, orang ramai yang hadir boleh duduk dalam keadaan selesa tanpa perlu bertolak-tolak. Sebenarnya mudah difahami faktor program DAP ini tidak mendapat sambutan dan sokongan rakyat.

Ini kerana rakyat negeri Pulau Mutiara itu sudah muak mendengar janji-janji kosong yang dijanjikan DAP kononnya mereka akan mengambil alih pentadbiran negara yang gagal kerana majoriti pengundi kaum Melayu tetap memberi sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Hal itu diakui sendiri oleh penceramah-penceramah yang hadir dalam majlis tersebut termasuklah bekas Timbalan Perdana Menteri yang kini merangkap sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Faktor lain adalah isu setempat yang gagal diselesaikan turut menjadi faktor rakyat Pulau Pinang menolak ceramah tersebut meskipun menurunkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Begitu juga dengan isu kekurangan rumah mampu milik dan kos rendah di bahagian pulau, masalah banjir yang kerap berlaku (kerajaan DAP pernah berjanji untuk menangani masalah itu dalam tempoh sembilan bulan mentadbir selepas mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2008 tp sehingga kini masalah itu tidak selesai), serta juga isu alam sekitar yang dilihat semakin teruk menyebabkan sokongan rakyat Pulau Pinang menurun dan hilang kepercayaan kepada DAP.

Dalam ceramah pada malam itu, tidak apa yang baharu yang disampaikan kerana Pakatan Harapan hanya mengulang fakta yang disampaikan dalam ceramah-cerama terdahulu. Apa yang berbezanya hanyalah lokasi sahaja.

Tetapi yang menarik perhatiannya apabila pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkaitan penggantinya sekiranya beliau ‘tiada’ apabila menamakan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai penggantinya.

Aura Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada malam itu juga dilihat tidak terserlah kerana hadirin yang hadir mula beredar semasa beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan sedang berucap meskipun waktu ketika itu baru pukul 10.30 malam.

Kesimpulannya, sekiranya majlis Sambutan 10 Tahun DAP baru-baru ini sebagai uji kaji DAP untu menguji sokongan rakyat maka parti Roket itu hanya layak diberikan ‘B minus’ sahaja. Sudah jelas sokongan rakyat kepada DAP di Pulau Pinang semakin menurun menjelang PRU-14. –Utaranews

No comments:

Post a Comment